X

Kindly register in order to view this article
!

Pusat hiburan di Bukit Bintang terbakar

Pusat hiburan di Jalan Changkat, Bukit Bintang yang terbakar pagi tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan di Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mustaqim Anuar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian kira-kira jam 6.24 pagi.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Pudu serta BBP Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan tingkat satu sebuah pusat hiburan berkeluasan 20 x 30 kaki persegi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan dalam pusat hiburan yang terbakar.
Keadaan dalam pusat hiburan yang terbakar.

Beliau berkata, kebakaran dianggarkan melibatkan kemusnahan 80 peratus.

"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus