X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan bekalan air di Ampang beransur pulih

Air Selangor
A
A

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air di 54 kawasan di Ampang pulih dan mencapai tahap 84.4 peratus setakat jam 7 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Halem Mat Som berkata, setakat ini 10 kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya disebabkan kedudukan premis yang berada di penghujung kawasan agihan dan di kawasan tinggi.

"Air Selangor memohon kerjasama daripada pelanggan untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan ini berjalan lancar bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas.

"Antara kawasan yang masih terjejas adalah Bukit Antarabangsa Taman Fairuza Ampang, Kampung Ampang Campuran, Taman Permai Jaya Ampang, Kampung Ampang Indah, Taman Sri Baru Ampang, Kampung Tasik Permai, Taman Sri Bayu Ampang, Kampung/Taman Tasek Tambahan," katanya.

Katanya, sehingga kini bantuan bekalan air menerusi lori-lori tangki terus digerakkan dan pelanggan juga boleh terus ke Pusat Khidmat Setempat (PKS) di Aeon Big Ampang, Taman Dagang Permai, Ampang dan Pili Awam Lembah Jaya untuk mendapatkan bantuan atau hubungi talian 15300.

"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang di www.airselangor.com," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air di Ampang pulih 61.9 peratus


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus