Kahwin bawah umur di Kelantan perlu dapat kelulusan hakim

Gambar hiasan - Foto 123RF (Gambar kecil: Mohamad Shukri)
Gambar hiasan - Foto 123RF (Gambar kecil: Mohamad Shukri)
A
A
A

KOTA BHARU - Kelulusan perkahwinan bawah umur di Kelantan akan dimuktamadkan selepas hakim Mahkamah Syariah berpuas hati dengan penjelasan dan fakta yang diterima daripada pasangan terlibat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pasangan berkenaan juga perlu mengemukakan alasan kukuh dan akan dinilai oleh hakim mahkamah berkenaan.

"Perkahwinan pada usia 16 atau 12 tahun perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu. Ada sesi pertanyaan bersama hakim," katanya.

Beliau mengulas pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang mengatakan walaupun kerajaan Kelantan tidak bersetuju menaikkan had umur namun prosedur atau garis panduan ketat perlu dilakukan bagi menangani isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan strategi tangani punca perkahwinan bawah umur dilancar

Sebelum ini, Fuziah memaklumkan Kelantan adalah negeri tertinggi perkahwinan bawah umur pada tahun 2018 membabitkan135 kes daripada 841 kes direkodkan di seluruh negara dan tidak mahu menjadikan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian dalam isu melibatkan pasangan bawah umur.

Mohd Shukri juga berpendapat berkahwin di usia muda di Kelantan masih rendah dan tidak menjadi isu.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga menjelaskan, seks luar nikah dan zina adalah masalah sosial yang lebih serius berbanding pernikahan bawah umur.

Artikel Berkaitan:

Beliau mengakui pelik kerana isu itu dijadikan ‘bahan’ sesetengah pihak sedangkan ada perkara lain yang perlu dibincangkan dan diselesaikan.