X

Kindly register in order to view this article
!

Memahami risiko kesihatan mental

KETAHUI risiko-risiko kesihatan mental.
A
A

SITI FARAH ELIANI SOLLEH

KITA sedia tahu, banyak kes-kes penyakit mental dan bunuh diri sering berlaku. Adakah masalah tersebut dikaitkan dengan gaya hidup atau arus kemajuan sehingga memberi tekanan kepada individu berkenaan?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan, kesihatan yang baik turut merangkumi kesihatan mental dan bukan hanya fizikal semata-mata.

Kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati, 29.2 peratus rakyat Malaysia mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental.

WHO berkongsi lebih daripada 800,000 individu membunuh diri setiap tahun atau kira-kira satu nyawa setiap 40 saat. Ia menjadi punca utama kematian di kalangan mereka yang berusia di antara 15 sehingga 29 tahun.

Pun begitu, ketahuilah bahawa lebih ramai lelaki yang membunuh diri berbanding wanita. Akan tetapi, lebih ramai wanita yang membuat cubaan untuk membunuh diri atau mencederakan diri mereka.

Banyak risiko yang mungkin boleh menyebabkan seseorang individu itu mempunyai masalah demikian.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf