Waktu Subuh di Pulau Pinang ditambah 8 minit mulai esok

Wan Salim
Wan Salim
A
A
A

GEORGETOWN - Waktu solat Subuh di seluruh Pulau Pinang ditambah lapan minit bermula esok.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pulau Pinang memaklumkan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada Rabu dan semalam memperakukan bahawa penetapan permulaan waktu Subuh.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perubahan itu dilakukan berikutan penetapan permulaan waktu Subuh yang menggunakan nilai altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk seperti yang dipersetujui Majlis Raja-Raja.

Menurutnya, perubahan itu hanya membabitkan waktu solat Subuh manakala waktu solat lain adalah kekal sebagaimana yang tercatat pada jadual waktu solat Pulau Pinang terbitan Jabatan Mufti Pulau Pinang.

“Mesyuarat turut memutuskan bahawa pelaksanaan solat Subuh berdasarkan waktu terdahulu adalah sah dan tidak perlu diqada setakat sebelum tarikh ketetapan baharu ini dikuat kuasa.

“Jadual waktu Subuh terkini boleh dirujuk dan dimuat naik di laman rasmi Jabatan Mufti Pulau Pinang atau portal e-Solat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mulai hari ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: