Harga RON95 turun 4 sen, RON97 turun 7 sen dan diesel turun 10 sen

RON95 - Foto 123RF
RON95 - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan harga petrol RON95 turun 4 sen seliter dan diesel turun 10 sen seliter.

Menurutnya, dengan penurunan itu, harga RON95 menjadi RM2.04 seliter dan RM2.08 seliter bagi diesel.

Selain RON95 dan diesel, harga RON97 turut turun 7 sen kepada RM2.34 seliter.

Kata Guan Eng lagi, penurunan harga petrol ini kerana harga minyak global yang menurun berdasarkan pengiraan Automatic Price Mechanism (APM).

“Kami telah mengotakan janji, ini adalah janji ditepati,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ditanya adakah penurunan harga produk petroleum tersebut turut mempengaruhi pakej rangsangan ekonomi yang bakal diumumkan, katanya perkara itu akan dinilai bagi impak sepanjang tahun.

“Apabila kita sebut pakej rangsangan ekonomi, apa yang kita pentingkan ialah memastikan pertumbuhan terus mampan dan dapat dikekalkan, itu yang diutamakan,” katanya.

Ditanya sama ada harga siling petrol akan dikaji semula memandangkan trend yang menurun ketika ini, Guan Eng berkata, harga siling itu telah pun berada pada paras yang rendah.

Artikel Berkaitan: