X

Kindly register in order to view this article
!

Teroka teknologi simpan air hujan

Azman mencadangkan kerajaan meneroka teknologi penyimpanan air hujan seperti pembinaan kolam takungan banjir, empangan bawah tanah dan kolam takungan hujan berdekatan laut.
A
A

KERAJAAN perlu meneroka potensi penggunaan teknologi menyimpan air hujan dengan lebih efisien sekiranya tidak mahu berdepan dengan masalah krisis sumber air yang serius pada masa hadapan.

Pengarah Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim), Ir Azman Mat Jusoh berkata, keperluan penerokaan teknologi itu disebabkan sumber air diramal menjadi satu komoditi baharu bernilai tinggi dengan nilai penghasilan air bersih meningkat saban tahun.

Menurutnya, Malaysia sangat bergantung kepada sumber air permukaan seperti sungai dengan 97 peratus daripadanya untuk kegunaan pengairan pertanian, domestik dan industri.

“Sekiranya isu pencemaran sumber air permukaan seperti sungai meningkat dan tidak terkawal, senario itu memberi impak negatif terhadap kemampuan negara menyimpan sumber air permukaan bersih,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagi membuktikan kebimbangan itu, Ir Azman mendedahkan dapatan kajian perbandingan keterancaman sumber air di 13 lembangan sungai di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1970 hingga tahun 2000 dengan tahun 2010 hingga tahun 2100.

Nahrim menunjukkan hasil dapatan kajian perbandingan keterancaman sumber air di 13 lembangan sungai di semenanjung Malaysia bagi tempoh 1970 hingga tahun 2000 dengan tahun 2010 hingga tahun 2100
Nahrim menunjukkan hasil dapatan kajian perbandingan keterancaman sumber air di 13 lembangan sungai di semenanjung Malaysia bagi tempoh 1970 hingga tahun 2000 dengan tahun 2010 hingga tahun 2100

Beliau berkata, nilai pengurangan kadar aliran sungai di 13 lembangan sungai seperti Sungai Muda, Sungai Kelantan dan Sungai Selangor meningkat 23 peratus hingga 62 peratus bagi tempoh tahun 2010 hingga tahun 2100 berbanding tempoh 1970 hingga tahun 2000.

“Paling membimbangkan, situasi nilai pengurangan kadar aliran sungai di lembangan Sungai Linggi yang mencatatkan peningkatan 62 peratus bagi tempoh perbandingan tahun sama.

“Nilai pengurangan kadar aliran sungai tinggi meningkat saban tahun disebabkan pencemaran sungai akibat perbuatan manusia yang membuang sampah, meneroka kawasan tadahan hujan untuk tujuan pembalakan dan sebagainya,” katanya.

Azman Mat Jusoh
Azman Mat Jusoh

Selain itu, Azman memberitahu, ramalan dibuat Nahrim berdasarkan keputusan simulasi penurunan hujan seluruh negara menggunakan sistem komputer menunjukkan indikator kemungkinan besar berlakunya krisis sumber air pada masa akan datang sangat tinggi.

“Ketika ini sebahagian negeri berdepan masalah bekalan air bersih sehingga ada catuan air dibuat disebabkan semakin banyak sungai berdepan pencemaran berpunca daripada manusia seperti Sungai Kim Kim di Johor.

“Namun, kebimbangan nilai air bersih pada masa hadapan meningkat menyamai nilai bahan bakar mungkin dapat diatasi sekiranya kerajaan serius meneroka teknologi penyimpanan air hujan seperti pembinaan kolam takungan banjir, empangan bawah tanah dan kolam takungan hujan berdekatan laut,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran krisis bekalan air

Bekalan air di Perlis hanya bertahan empat bulan

Teroka teknologi simpan air hujan

Bil air lebih mahal jika guna teknologi lebih canggih

Krisis bekalan air: Kaji semula perjanjian lapuk

Sudah tiba masa Malaysia bertegas dengan Singapura

Malaysia mahu RM3 bukan 3 sen

Perjanjian air: Malaysia berhak semak selepas 25 tahun


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!