Warga emas nyanyuk tunggang motor lawan arus

Rakaman video penunggang motosikal melawan arus tular di media sosial.
Rakaman video penunggang motosikal melawan arus tular di media sosial.
A
A
A

KULAI - Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun dipercayai nyanyuk ditahan selepas menunggang motosikal melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Kulai.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada pihak lebuh raya jam 3.24 petang semalam.

"Unit 16 Peronda Senai-JB telah terima maklumat daripada pihak lebuh raya yang menyatakan sebuah motosikal ditunggang melawan arus menuju arah utara di lorong kanan.

"Peronda Senai-JB membuat pemantauan dari KM20 sehingga KM58 melihat motosikal itu ditunggang melawan arus di KM54.7. Polis bantuan kemudiannya telah menahan warga emas terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beng Yeow berkata, lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bemban untuk tindakan lanjut.

"Kejadian tidak membabitkan kemalangan jalan raya dan lain-lain kenderaan.

"Penunggang warga emas yang beralamat di Melaka itu mengalami kecederaan di bahagian mulut," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1942.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, video berdurasi 31 saat itu tular di media sosial sejak semalam mendapat pelbagai pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sangat merbahaya.