Koronavirus: Malaysia kongsi maklumat dengan ASEAN, WHO

Dr Wan Azizah (kiri) beramah mesra bersama kanak-kanak ketika membuat lawatan di sekitar taska sempena Majlis Perasmian Taska Parlimen Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Dr Wan Azizah (kiri) beramah mesra bersama kanak-kanak ketika membuat lawatan di sekitar taska sempena Majlis Perasmian Taska Parlimen Malaysia hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Malaysia sentiasa bekerjasama erat dengan negara anggota ASEAN lain dalam berkongsi data dan maklumat mengenai koronavirus.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, maklumat diperoleh negara sentiasa dikongsi dengan kesemua negara blok berkenaan antara lain melalui persidangan video.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, data diperoleh negara juga dikongsi dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

"Sebab kita tahu, virus ini novel, kita tak tahu secara terperinci bagaimana dia malah apa semua itu, jadi kalau kita ada perkongsian ilmu dan data ini akan banyak membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taska Parlimen Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Thailand memberi kerjasama kepada Indonesia dan negara anggota ASEAN lain bagi membendung penularan virus berkenaan sepertimana diciap Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha dalam akaun Twitter rasminya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Kerajaan belum cadang sekat kapal persiaran

Artikel Berkaitan: