Kecoh dua anjing sesat dalam tandas guru wanita

Anggota bomba memanjat dinding tandas bagi menangkap anjing di dalam tandas guru wanita di SMK Taman Daya semalam.
Anggota bomba memanjat dinding tandas bagi menangkap anjing di dalam tandas guru wanita di SMK Taman Daya semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kemunculan dua ekor anjing di sebuah sekolah menengah menimbulkan kekecohan dan panik sehingga terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan haiwan itu pagi semalam.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.53 pagi, sebelum lapan anggota dihantar ke tempat kejadian.

"Kedua-dua ekor anjing dewasa dalam tandas guru wanita sekolah menengah itu kelihatan garang dan bomba terpaksa mengambil masa untuk menenangkannya.

"Anggota bomba terpaksa memanjat tembok tandas untuk menangkap anjing menggunakan pencerut dan tali penyelamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua haiwan itu berjaya ditangkap sebelum dilepaskan di luar kawasan sekolah dan kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan: