3.7 juta sarung tangan, 20,000 sut pelindung dihantar ke China

Tee Keat (tiga dari kanan) bersama Teresa pada sidang media di Kementerian Industri Utama hari ini.
Tee Keat (tiga dari kanan) bersama Teresa pada sidang media di Kementerian Industri Utama hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 3.7 juta sarung tangan klinikal dan 20,000 sut pelindung perubatan dihantar ke China.

Presiden Dewan Perniagaan Laluan Sutera Malaysia-China, Tan Sri Ong Tee Keat berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2.3 juta pasang sarung tangan sedia berlepas ke negara itu malam nanti.

"Barangan itu akan dihantar menerusi China Airlines yang dijadualkan berlepas malam ini," katanya pada sidang media di Kementerian Industri Utama di sini hari ini yang turut dihadiri Menterinya, Teresa Kok.

Menurutnya, sumbangan tersebut merupakan sumbangsih daripada lima syarikat tempatan yang akan diedarkan ke lima wilayah.

"Ia akan dihantar ke Hunan, Hubei, Shandong, Hainan dan Guandong," katanya.

Pada 31 Januari lalu, Teresa mengumumkan Malaysia akan menyumbang 18 juta pasang sarung tangan klinikal kepada China menerusi Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) dan pengeluar sarung tangan getah di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia sumbang 18 juta sarung tangan ke Wuhan

Artikel Berkaitan: