Jika tak main bola, saya mungkin seorang nelayan: Ronaldo

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo tidak pernah menyangka dia akan menjadi seorang pemain bola sepak terkenal dunia dan memiliki kemewahan yang diperoleh ketika ini.

Sebaliknya, kata bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu, beliau mungkin akan hanya menjadi seorang nelayan di kampung kelahirannya di Madiera, Portugal jika tidak menjadi seorang pemain bola sepak profesional.

"Ketika masih kecil, saya fikir pada usia 35 tahun saya akan menjadi seorang nelayan di Madeira.

"Tak pernah terlintas di fikiran saya akan menjadi seorang pemain profesional dan memenangi kesemua kejuaraan seperti yang saya dapat hari ini," katanya.

Karier pemain kelahiran Portugal itu dalam arena bola sepak penuh gemilang apabila diangkat sebagai pemain terbaik dunia dengan memenangi Ballon d'Or sebanyak lima kali.

Dia turut menjuarai kejuaraan liga di England, Sepanyol dan Itali, menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama Manchester United dan Real Madrid selain pernah menjulang trofi Euro bersama Portugal.

Dalam pada itu, Ronaldo menanam tekad untuk meraih lebih banyak kejuaraan ketika beraksi bersama gergasi Itali, Juventus sebelum mengakhiri karier bola sepaknya.

"Bermain di Juventus memberikan peluang kepada saya dan pasukan untuk menang lebih banyak kejuaraan. Kami tahu ia sukar tetapi ia bergantung kepada banyak faktor kerana kami adalah pasukan yang hebat.

Artikel Berkaitan:

"Kami cuma perlu bersabar dan memulakan langkah demi langkah untuk meraih kejuaraan," katanya.