Khalid janji dedah penyelewengan tanah kerajaan

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad bakal mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa berkaitan pembangunan tanah di atas tanah kerajaan di wilayah itu.

Bagaimanapun Khalid enggan mengulas lanjut perkara itu dan berjanji akan membuat pendedahan tersebut pada minggu hadapan.

"Tunggu minggu depan kita buat pendedahan. Proses yang sepatutnya diamalkan, tetapi tidak diamalkan," katanya.

Menurutnya, bagi memperbaiki kelompongan yang berlaku, kementerian telah bersetuju untuk mewartakan Pelan Induk Kuala Lumpur.

"Semua pihak bersetuju adalah lebih baik Pelan Utama itu diwartakan," katanya.

Beliau berkata, setiap pelan induk perlu digazetkan dan dipatuhi.

"Apabila diwartakan, ia masih boleh ditukar namun tidak mudah kerana memerlukan prosedur agar lebih telus," katanya.

Khalid berkata, sewaktu pemerintahan terdahulu, Kuala Lumpur telah mempunyai pelan induk namun tidak digazetkan dan tidak dijadikan sebagai panduan.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun ada pelan, mereka tidak ikut. Sebab itulah berlaku tanah lapang kerajaan diberi kepada pemaju.

Menteri dan Datuk Bandar boleh meluluskan (permohonan) dengan mudah," katanya pada Bicara Minda anjuran Sinar Harian hari ini.