Entri untuk pelawat Cina, India lanjut sehingga 31 Disember

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Sistem Electronic Travel Registration and Information (eNTRI) untuk pelawat China dan India dilanjutkan selama setahun sehingga 31 Disember ini, melalui Pewartaan Kerajaan Persekutuan (Perintah Pasport), kata Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

KDN dalam kenyataan berkata sistem eNTRI itu, yang kini menjalani proses penambahbaikan dalam aspek keselamatan, dijangka beroperasi sepenuhnya pada Selasa depan (15 Januari).

Sistem eNTRI merupakan kemudahan tanpa visa bagi pelawat dari China dan India untuk memasuki Malaysia atas tujuan melancong atau sosial bagi tempoh 15 hari.

Ia mula dilaksanakan kepada pelancong China pada 1 Mac 2016 sebelum diperluas kepada pelancong India pada 1 April 2017 dengan pelanjutan dilaksanakan secara tahunan mengikut keperluan. - Bernama

Artikel Berkaitan: