Su Tseng-chang PM baharu Taiwan

Su Tseng-chang
A
A

TAIPEI - TAIWAN. Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen mengumumkan pelantikan Su Tseng-chang sebagai Perdana Menteri baharu, dalam usahanya untuk meraih sokongan susulan kekalahan parti pro-kemerdekaan pimpinannya ketika pilihan raya tempatan, tahun lalu.

Pilihan raya pada November lalu menimbulkan cabaran besar kepada Ing-wen yang berdepan kritikan berhubung agenda pembaharuannya ketika menghadapi ancaman baharu dari China, yang menganggap negara itu ditadbir secara autonomi.

Tseng-chang adalah bekas perdana menteri yang dilantik pada 2006, oleh bekas Presiden Chen Shui-bian dan pengerusi Parti Progresif Demokratik selama dua penggal. - Reuters