Remaja Kanada pengsan bukan disebabkan koronavirus: KKM

Semalam, tular di media sosial sekeping gambar sepasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan anggota polis berada di lokasi tersebut.
Semalam, tular di media sosial sekeping gambar sepasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan anggota polis berada di lokasi tersebut.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan warga Kanada yang dilapor pengsan di lot parkir pusat bandaraya Kuala Lumpur semalam bukan disebabkan koronavirus.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, remaja berusia 17 tahun yang ditempatkan di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu telah pun dibenar pulang.

"Ini adalah berita gembira. Dia bukan disebabkan oleh koronavirus dan telahpun dibenar pulang," katanya pada sidang akhbar perkembangan koronavirus di sini hari ini.

Semalam, tular di media sosial sekeping gambar sepasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan anggota polis berada di lokasi tersebut.

Remaja itu dipercayai pengsan dan dibawa ke Pusat Perubatan Menara Berkembar sebelum ambulans HKL dikejarkan untuk mengambil pesakit itu.

Sementara itu, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dalam kenyataannya menafikan insiden berkenaan berlaku di fasilitinya.

"Insiden itu bukan berlaku di sini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Koronavirus: HKL siasat remaja Kanada pengsan di KLCC

Artikel Berkaitan: