X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu lori, juruwang maki polis didenda RM300

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Padah memaki hamun anggota polis yang sedang bertugas, seorang pemandu lori dan seorang juruwang masing-masing didenda RM300 atau penjara dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

N Subramaniam dan R Shamini, kedua-duanya berusia 26 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali.

Mereka didakwa berkelakuan tidak senonoh terhadap Lans Koperal Nuridayu Rosli dengan memaki hamun beliau di kaunter aduan Balai Polis Sentul di sini pada 4 Januari lepas mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Rajdeep Singh Bhupinder Singh memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan itu kesalahan pertama dan mereka tiada rekod jenayah sebelum ini. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!