Koronavirus: Dua kes baharu positif, jumlah terkini 14 kes

Dr Dzulkefly Ahmad - Foto Bernama
Dr Dzulkefly Ahmad - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan dua kes baharu positif koronavirus menjadikan 14 kes di Malaysia setakat ini.

Kes terbaharu itu membabitkan warga Malaysia iaitu adik kepada kes pertama rakyat tempatan berusia 41 tahun dari Selangor yang disahkan positif virus tersebut.

Dr Dzulkefly berkata, ujian pengesanan semalam mengesahkan wanita yang berusia 40 tahun itu positif koronavirus.

"Dia kini ditempatkan di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar," katanya.

Beliau berkata, pesakit tersebut mempunyai kontak langsung dengan abangnya yang pulang menyambut Tahun Baru Cina di kampungnya di Alor Setar pada 23 Januari yang lalu.

"Dia mengalami gejala demam dan sakit tekak pada 1 Februari 2020 kemudian batuk empat hari kemudian," katanya.

Selain itu, seorang pelancong dari Wuhan, China yang memasuki negara ini pada 25 Januari bersama ibu dan tiga rakannya turut disahkan positif.

Sementara itu, Dr Dzulkefly menasihatkan penganut, pengunjung sambutan Thaipusam mengambil langkah pencegahan untuk mengelak jangkitan koronavirus.

Artikel Berkaitan:

"Mereka yang tidak sihat dinasihatkan tidak hadir sambutan Thaipusam di Batu Caves Sabtu ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Tiada rawatan khusus pulih pesakit, kata Dr Dzulkefly