Pemberian ganjaran wang tunai GCR tertakluk Peraturan-Peraturan Pencen 1980

Kenyataan dikeluarkan JPA hari ini berkaitan pemberian ganjaran wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) .
Kenyataan dikeluarkan JPA hari ini berkaitan pemberian ganjaran wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) .
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemberian ganjaran wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pencen 1980 yang merupakan salah satu faedah diberikan kepada penjawat awam apabila bersara kelak.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, penebusan awal GCR sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2020 memerlukan pindaan ke atas peraturan yang berkaitan di dalam Peraturan-Peraturan Pencen 1980.

Menurut kenyataan itu, pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Pencen 1980 seperti yang dinyatakan perlu diselesaikan terlebih dahulu agar pelaksanaan perkara itu adalah teratur mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

"Pengumuman penebusan awal GCR akan dikeluarkan dan dimaklumkan kepada umum melalui surat Pekeliling Perkhidmatan yang akan diedarkan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan," kata kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuepacs tuntut penebusan Gantian Cuti Rehat disegerakan

Semalam, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan menyegerakan penebusan awal GCR sebanyak 75 hari kepada kakitangan awam seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2020.

Presidennya, Adnan Mat berkata, berdasarkan pengumuman sebelum ini, penebusan ganjaran itu sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Menurutnya, GCR adalah ganjaran wang tunai yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Artikel Berkaitan: