X

Kindly register in order to view this article
!

Produk SkyWorld patuhi kualiti QLASSIC

Lee Chee Seng
A
A

MENJANJIKAN kualiti terbaik dalam setiap pembangunan yang dilaksanakan menjadi asas utama kepada SkyWorld Development Group (SkyWorld) dalam meraih kepercayaan dan keyakinan pelanggan.

Menerusi pelancaran Pusat Kualiti SkyWorld pada Januari lalu turut membuktikan komitmen syarikat pemaju itu dalam menyediakan pembangunan berkualiti di ibu negara.

Ketua Pegawai Operasi, Lee Chee Seng memberitahu, pembukaan Pusat Kualiti SkyWorld yang pertama seumpamanya di Malaysia itu selari dengan usaha mengubah landskap hartanah negara menerusi penyediaan amalan kualiti dengan lebih profesional.

Katanya, langkah SkyWorld menyediakan kualiti QLASSIC bagi semua projek perumahan yang dibina adalah tanda keseriusan mereka dalam menawarkan produk terbaik kepada pelanggan.

“QLASSIC ialah singkatan daripada Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan yang merupakan suatu sistem atau kaedah bagi mengukur dan menilai kualiti hasil kerja pembinaan bangunan berasaskan Standard Industri Pembinaan (CIS7).

“Ini kerana kami berpegang kepada prinsip kepuasan dan keselamatan pelanggan menjadi keutamaan.

"Kami komited dalam memastikan setiap penghuni pembangunan perumahan yang dibangunkan selamat diduduki dan boleh menjadi harta yang boleh diwarisi oleh anak-anak atau cucu pembeli,” katanya ketika ditemui di Pusat Kualiti SkyWorld, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Patuhi sistem QLASSIC

SkyWorld sentiasa mematuhi dan mengaplikasikan kualiti QLASSIC dalam setiap projek pembangunan yang dilaksanakan.
SkyWorld sentiasa mematuhi dan mengaplikasikan kualiti QLASSIC dalam setiap projek pembangunan yang dilaksanakan.

Pusat Kualiti SkyWorld bukan sahaja menjadi pusat rujukan dalam kalangan agensi dan jabatan-jabatan kerajaan berkaitan, tetapi turut menjadi rujukan dan panduan kepada rakan pemaju yang lain, pembeli SkyWorld dan orang awam dalam mempelajari mengenai kualiti terbaik pembangunan mengikuti kualiti QLASSIC yang ditetapkan.

“Sistem ini diwujudkan pada 2007 oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi membolehkan kualiti hasil kerja pembinaan antara projek pembinaan dibandingkan secara objektif melalui sistem pemarkahan.

“Apabila sistem ini diperkenalkan, SkyWorld mengambil langkah drastik dengan mematuhi dan mengaplikasikannya dalam setiap pembangunan yang dilaksanakan.

“Ini penting bagi memastikan kepercayaan orang ramai khususnya para pembeli kami kekal keyakinan mereka terhadap produk keluaran kami,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan maklumat CIDB, sebanyak 7,600 projek pembangunan disiapkan setiap tahun tetapi hanya 4.1 peratus kualitinya diperakui.

“Justeru SkyWorld sentiasa berusaha menyediakan lebih banyak nilai tambah dalam produk ditawarkan. Kami mahu menjadi antara pemaju yang terbaik dan kewujudan pusat kualiti ini sebagai bukti komitmen kami kepada pembeli,” katanya.

Kediaman tiga menara

Dalam perkembangan lain, Chee Seng memberitahu, SkyWorld sedang menjalankan projek terbaharu iaitu The Valley Residences yang dibina di atas tanah komersial SkySierra dengan keluasan 3.58 hektar.

The Valley Residences bakal menampilkan konsep ketenangan dan kedamaian alam semula jadi yang menghijau di kawasan bandar.

“Antara kemudahan yang turut dibangunkan menerusi pembangunan perumahan ini termasuklah pusat membeli-belah, bangunan pejabat, dan apartmen servis,” katanya.

Tambahnya, The Valley Residences merupakan pembangunan kediaman dibina di kawasan Setiawangsa, Kuala Lumpur terdiri daripada tiga menara melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM761 juta.

“SkyWorld menyasarkan pembeli dalam kalangan pasangan baharu berkahwin dan profesional muda yang mahukan kediaman yang hampir dengan pusat bandar Kuala Lumpur tetapi dalam suasana selesa dikelilingi kehijauan semula jadi selain menyasarkan mereka yang mahu memiliki rumah di kawasan Kuala Lumpur dan dekat dengan kediaman ibu bapa yang menetap di ibu kota ini,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan oleh SkyWorld menekankan konsep kedamaian dan ketenangan kepada pemilik kediaman.

“Kami mahu mewujudkan suasana keseronokan dan kesejahteraan dalam rumah kepada setiap penghuninya,” katanya.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web skyworld.my/skysierra/ nilai tambah dalam produk ditawarkan.

SkyWorld menyasarkan pembeli dalam kalangan pasangan baharu berkahwin dan profesional muda yang mahukan kediaman yang hampir dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
SkyWorld menyasarkan pembeli dalam kalangan pasangan baharu berkahwin dan profesional muda yang mahukan kediaman yang hampir dengan pusat bandar Kuala Lumpur.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!