Peluang dapat hadiah menarik menerusi kempen Shopee Kongsi Fa Cai

A
A
A
PELANGGAN Shopee kini dapat menikmati potongan harga istimewa sempena Kempen Tahun Baharu Cina, Shopee Kongsi Fa Cai.

Kempen yang sedang berlangsung sehingga 6 Februari ini membawakan pelbagai hadiah menarik, peraduan media sosial, serta tawaran dan serta diskaun hebat daripada jenama seperti Watson, Samsung, Senheng, Maybelline, VOIR, dan Elianware.

Menariknya, Ketua Perniagaan, Shopee Malaysia, Zed Li berkata, Shopee menyediakan tawaran lebih hebat bermula dari 14 hingga 16 Januari dan dari 22 hingga 24 Januari mengikut tema berlainan seperti CNY Essential Festival, Shocking Sale Festival, Shopee Mall Festival, Cashback Festival, dan CNY Mega Festival.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan, pelanggan boleh menyertai lima aktiviti menarik seperti 88 peratus pulangan tunai setiap hari untuk setiap perbelanjaan, ‘88,888 Kotak Misteri’ pada separuh harga untuk pelbagai jenama, ‘Shopee Shake’ bagi merebut hadiah berjumlah bernilai RM888,888, ‘Shopee CNY Live Quiz’ dengan menjawab soalan mengenai topik semasa bermula pada 14 hingga 31 Januari, setiap 12 tengahari dan 22 hingga 24 Jan pada 12 tengahari dan 8 malam, dan juga

‘Shocking Sale’ dengan diskaun sehingga 88 peratus ke atas produk.
Artikel Berkaitan:


"Platform e-dagang ini turut membawa masuk masuk beberapa kedai rasmi seperti MSI, Logitech, Etude House, Crocs, ELLE, Anmum, dan World of Sports yang difahamkan telah menarik 16 juta pelanggan Shopee.

"Pada masa sama Shopee berusaha membawa inovasi serba maju yang memudahkan pengguna di samping ingin membantu pengguna memanfaatkan sepenuhnya nilai ringgit mereka," katanya pada Majlis Pelancaran Shopee menyambut Tahun Baharu dengan tema perayaan Shopee Kongsi Fa Cai yang disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Zed Li berkata, selain ingin meneruskan langkah membawa inovasi menarik kepada pengguna, Shopee juga berhasrat menawarkan ciri-ciri interaktif untuk menambah nilai kepada pengalaman pengguna beli-belah dalam talian.