Pelakon legenda, Kirk Douglas meninggal dunia pada usia 103 tahun

Kirk Douglas
Kirk Douglas
A
A
A

PELAKON legenda Amerika Syarikat (AS), Kirk Douglas, meninggal dunia pada usia 103 tahun.

Anak mendiang yang juga aktor terkenal dan pemenang anugerah Oscar, Michael Douglas, memaklumkan perkara itu kepada majalah People semalam.

Kirk terselamat dalam nahas helikopter pada 1991, namun diserang strok lima tahun kemudian.

Beliau pernah tercalon sebanyak tiga kali sebagai pelakon terbaik dalam anugerah Oscar pada 1949 bagi peranannya dalam filem Champion, The Bad and the Beautiful (1952) dan Lust for Life (1956).

Mendiang pernah membintangi filem ikonik Hollywood seperti Gunfight at the OK Corral dan Spartacus. - Agensi

Artikel Berkaitan: