Pemuda maut jatuh pokok petai

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Taiping bagi proses bedah siasat. Foto: pembaca
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Taiping bagi proses bedah siasat. Foto: pembaca
A
A
A

TAIPING - Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai terjatuh dari pokok petai di kawasan lereng bukit Kampung Telaga Tujuh, Kampung Repoh, Batu Kurau di sini, hari ini.

Mayat Muhamad Khairul Azhar Razmi, 26, ditemukan bapanya kira-kira jam 9.30 pagi ketika keluar mencari mangsa yang tidak pulang sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah keluar rumah dan tidak pulang sejak hari berkenaan.

“Siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah dan dipercayai mangsa telah terjatuh dari tempat tinggi dipercayai pokok petai di kawasan tersebut.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian kepala dipercayai kesan jatuh dari tempat tinggi.

“Siasatan menunjukkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh 24 hingga 36 jam berdasarkan keadaan mayat itu.

“Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel Berkaitan: