18 produk Kelantan berpotensi ke luar negara

Tengku Abdul Halim meluangkan masa bersama usahawan di selepas Ekspo Perdagangan Kelantan, hari ini.
Tengku Abdul Halim meluangkan masa bersama usahawan di selepas Ekspo Perdagangan Kelantan, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Kelantan mempunyai pelbagai produk yang berpotensi untuk dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Bendahari Koperasi Kerabat D’raja Kelantan Al-muhammadi, Datuk Tengku Ibrahim Farihaddin Datuk Tengku Feissal berkata, terdapat 18 produk tempatan mempunyai nilai komersial yang tinggi dan boleh menembusi pasaran antarabangsa.

Menurutnya, antara produk yang boleh di eksport sehingga ke luar negara ialah madu kelulut, kopi badak dan kopi berperisa durian musang king.

“Sekurang-kurangnya ada lima produk di setiap daerah, yang bukan sahaja menerima sambutan di kalangan masyarakat setempat malah mampu mengukuhkan nilai jualan sejak sekian lama.

“Masih ramai peniaga tidak tahu cara untuk memperkenalkan produk tempatan ke luar negara, maka menerusi usaha ini kit harap dapat memberi bimbingan dan maklumat yang diperlukan,” katanya, selepas Ekspo Perdagangan Kelantan, hari ini.

Program yang diadakan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), dirasmikan oleh Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim dan ia berlangsung selama tiga hari, berakhir Ahad ini.

Tengku Ibrahim Farihaddin berkata, ekspo yang julung kali diadakan bertujuan mempromosikan produk oleh 150 usahawan Kelantan ke peringkat antarabangsa, selain menambah pendapatan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

Artikel Berkaitan: