Masjid Maahad Al-Iman perlukan dana RM100,000

Masjid Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran diharapkan mampu disiapkan sebelum Ramadan akan datang.
Masjid Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran diharapkan mampu disiapkan sebelum Ramadan akan datang.
A
A
A

KUALA KETIL - Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran memerlukan dana sebanyak RM100,000 bagi melengkapkan proses pembinaan masjidnya termasuk pemasangan siling dan lantai.

Pentadbir maahad, Amir Mohd Nason, 41, berkata, ruang solat ketika ini tidak lagi mampu menampung bilangan pelajar yang semakin ramai dan pembinaan masjid tersebut dijangka mampu menampung seramai 1,000 jemaah dalam satu-satu masa apabila siap sepenuhnya kelak.

Amir berkata, anggaran pembinaan yang masih diperlukan membabitkan siling iaitu RM42,000, lantai sebanyak RM30,000, pemasangan jubin sebanyak RM10,000, bilik air dan tandas perempuan sebanyak RM9,000 manakala bilik air dan tandas lelaki sebanyak RM20,000.

"Kami berdoa agar pembinaan masjid yang sudah memasuki tahun keempat ini dapat disiapkan sebelum Ramadan akan datang.

"Sumbangan zakat, wakaf dan derma amat diperlukan untuk menyiapkan masjid ini," katanya.

Antara pelajar Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran yang kini mencecah kira-kira 400 orang.
Antara pelajar Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran yang kini mencecah kira-kira 400 orang.

Menurutnya, maahad tersebut ditadbir bersama empat adiknya yang lain iaitu Azli Mohd Nason, 40; Amri Mohd Nason, 38; Aswad Mohd Nason, 36 dan Ariff Mohd Nason, 28, telah beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Maahad tersebut turut menekankan pendidikan akademik berdasarkan silibus Kementerian Pendidikan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, selain tenaga pengajar bertauliah dan berketrampilan, pendidikan disediakan di maahad berkenaan bertujuan melahirkan generasi celik Al-Quran.

Sementara itu, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank bernombor 5521-8951-5745 atau Bank Islam bernombor 02114 010007351 atas nama Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Amri yang juga Mudir Maahad Al-Iman di talian 013-4202206.