NGO Perak gesa PM campur tangan

Mohamed Razali (dua dari kiri) menyerahkan memorandum kepada Abu Bakar di pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Mohamed Razali (dua dari kiri) menyerahkan memorandum kepada Abu Bakar di pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Gabungan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perak hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak campur tangan berhubung pajakan hak milik tanah 999 tahun di negeri itu.

Memorandum itu diserahkan Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Mohamed Razali Khalid yang mengetuai kumpulan NGO berkenaan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.

Mohamad Razali ketika ditemui berkata, tindakan itu diambil bagi meminta campur tangan Dr Mahathir membatalkan tindakan kerajaan negeri itu.

"Tujuan kami menyerahkan memorandum ini adalah bagi membantah tindakan kerajaan Perak mengeluarkan pajakan hak milik 999 atau dalam erti kata lain pajakan pegangan bebas kepada kampung-kampung baharu dan tersusun.

"Tindakan yang ingin dilakukan itu bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang ada iaitu Kanun Tanah Negara dan juga keputusan yang dibuat oleh Majlis Tanah Negara.

"Tindakan itu juga dianggap sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jika diteruskan," katanya pada sidang akhbar di pekarangan Pejabat Perdana Menteri di sini.

GMP dalam satu sidang akhbar sebelum ini menggesa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya tidak mengalah dan tunduk dengan tuntutan hak milik kekal tanah kampung baharu.

Artikel Berkaitan: