X

Kindly register in order to view this article
!

Hong Kong jalankan ujian terhadap 3,500 penumpang kapal persiaran

Gambar hiasan.
A
A

BEIJING - Sekitar 1,800 penumpang dan beberapa anak kapal yang berada dalam kapal persiaran World Dream tidak dapat mendarat di terminal Kai Tak, Hong Kong selagi belum menjalani ujian untuk mengesan novel koronavirus.

Ia berikutan kapal sama pernah membawa individu dijangkiti virus itu dari tanah besar China.

Agensi berita Sputnik, memetik laporan media hari ini berkata, kapal pelayaran itu berlepas pada Ahad tetapi kembali semula ke Hong Kong selepas pihak berkuasa Taiwan enggan membenarkan kapal berkenaan berlabuh.

Menurut penyiar RTHK di Hong Kong, tiga penumpang yang menaiki kapal itu pada 19 hingga 24 Januari diuji positif koronavirus dan pihak berkuasa percaya, kini terdapat kira-kira 200 penumpang kapal telah bersentuhan dengan mereka.

Usaha mengesan individu berkenaan sedang dijalankan.

Pegawai dari Pusat Perlindungan Kesihatan Hong Kong berada di kapal itu pada pagi hari ini untuk menjalankan ujian kepada kira-kira 1,800 penumpang dan 1,800 anak kapal.

RTHK memetik ketua pegawai pusat itu, Leung Yiu-hong berkata, tiga anak kapal dihantar ke hospital awam kerana mengalami gejala demam dan puluhan lagi menunjukkan pelbagai gejala jangkitan seperti batuk.

Syarikat pelayaran itu dilaporkan berkata, pihaknya mengambil langkah-langkah pencegahan dengan mengunci bilik dihuni tiga penumpang yang dijangkiti dan mengasingkan kakitangan yang dipercayai telah bersentuhan dengan mereka. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus