X

Kindly register in order to view this article
!

Koronavirus: Tiada rawatan khusus pulih pesakit, kata Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly (dua dari kiri) ketika sidang media mengenai situasi terkini jangkitan Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Tiada sebarang rawatan khusus dilaksanakan pasukan perubatan terhadap kanak-kanak warga China yang dirawat akibat positif koronavirus di Hospital Sultanah Maliha Langkawi dan disahkan bebas daripada wabak berkenaan semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya memberi rawatan mengikut keperluan pesakit.

"Tidak ada secara khusus ubat-ubatan atau antiviral yang diberikan," katanya pada sidang media perkembangan koronavirus di sini hari ini.

Menurutnya, pakar perubatan menyifatkan wabak seperti koronavirus mempunyai jangka hayat.

"Ia akan berakhir dengan imuniti badan kita untuk mengatasi penyakit berkenaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak warga China positif koronavirus disahkan sihat

Ditanya sama ada kanak-kanak tersebut dan keluarganya telah pulang ke China, Dr Dzulkefly berkata, Kedutaan China sedang mengatur proses perjalanan mereka.

"Saya sendiri juga bercakap dengan rakan sejawatan di China untuk terus mengambil langkah terbaik demi kedua-dua negara begitu juga negara-negara lain,” katanya.

Lewat malam tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan kanak-kanak tersebut bebas koronavirus selepas menerima rawatan di hospital berkenaan.

Rabu lalu, kanak-kanak itu dimasukkan wad isolasi selepas disahkan positif wabak terbabit.

Bagaimanapun, selepas sampel klinikal diambil semula sebanyak dua kali berturut-turut, dia didapati negatif.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!