X

Kindly register in order to view this article
!

Barisan muda Liverpool balas kepercayaan Klopp

Skuad muda Liverpool dalam kelas tersendiri pada aksi di Anfield awal pagi tadi.
A
A

PEMAIN muda Liverpool membalas kepercayaan pengurus Jürgen Klopp apabila memastikan kemaraan The Reds ke Pusingan Kelima Piala FA selepas menang 1-0 ke atas Shrewsbury Town di Anfield awal pagi tadi.

Tindakan bekas pengurus Borussia Dortmund itu meletakkan tugasan kepada jurulatih skuad Bawah 23 tahun, Neil Critchley berkenaan membolehkan The Reds berdepan Chelsea di Stamford Bridge pada 5 Mac ini.

Biarpun mendapat kritikan pelbagai pihak kerana tidak menurunkan skuad utama, namun jaringan sendiri Ro-Shaun Williams pada minit ke-75 sudah cukup memacu kemaraan The Reds.

Pada aksi itu, Liverpool dikemudikan Curtis Jones kapten paling muda The Reds diperkuatkan majoriti pemain berusia 19 tahun dengan Harvey Elliot berstatus 16 tahun manakala Pedro Chirivella pula paling tua berusia 22 tahun.

Untuk rekod, pemain utama Liverpool tidak mengambil bahagian dalam aksi ulangan pusingan keempat itu kerana berehat musim sejuk.

Skuad muda Liverpool dalam kelas tersendiri pada aksi di Anfield awal pagi tadi.
Skuad muda Liverpool dalam kelas tersendiri pada aksi di Anfield awal pagi tadi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!