Dana RM400 juta kurangkan kebergantungan sumber hutan

Gambar hiasan. (Gambar kecil:Nasir Dollah)
Gambar hiasan. (Gambar kecil:Nasir Dollah)
A
A
A

GUA MUSANG - Pemberian dana RM400 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada Kelantan mampu mengurangkan kebergantungan terhadap sumber hutan seperti pembalakan.

Aktivis orang asli, Nasir Dollah berkata, pemberian itu memberi signal bahawa kerajaan mendengar keluhan orang asli yang terkesan ekoran pembalakan dan penerokaan tanah secara berleluasa.

"Sebelum ini, saya dan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Mustafa Along pernah meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian royalti petroleum kepada kerajaan negeri ketika lawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah ke kawasan sekatan di Cawas.

"Kami juga pernah berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya," katanya.

Terdahulu, Kelantan menerima bantuan sebanyak RM400 juta dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob melalui surat daripada Perdana Menteri.

Peruntukan berkenaan bertujuan meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Kelantan.

Artikel Berkaitan: