Tak boleh merokok di tempat awam

Boon Chye diberi taklimat ringkas mengenai cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Sentosa.
Boon Chye diberi taklimat ringkas mengenai cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Sentosa.
A
A
A

BUKIT SENTOSA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta golongan perokok agar tidak merokok di persekitaran orang ramai.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, perokok berhak merokok di kawasan lapang atau persendirian namun bukan di tempat awam.

Menurutnya, KKM amat mengharapkan golongan itu berubah sikap dengan mengutamakan kesihatan diri dan orang di sekeliling.

"Bila ada premis makanan yang mula menghentikan jualan rokok di kedai mereka, kita amat menggalakkan usaha ini tapi kita tidak paksa.

"Aspek penguatkuasaan larangan merokok pula akan dipertingkatkan dalam tempoh enam bulan ini supaya arahan larangan merokok di kedai makan dipatuhi.

"Apa yang paling kita harapkan adalah ubah sikap, bukan setakat pengusaha premis tapi juga perokok. Jangan merokok di kalangan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Serendah dan tapak cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Sentosa, pagi tadi.

Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim dan Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Siti Rohana Saad.

Artikel Berkaitan: