24 peninju Muay Thai berentap di Stadium Titiwangsa

Tiga dari kiri; Rosli dan Muhammad Nasir bersama tiga peninju Kelab Muay Thai Kuda Merah PDRM yang bakal memberi saingan hebat pada kejohanan antarabangsa, 8 dan 9 Februari ini di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.
Tiga dari kiri; Rosli dan Muhammad Nasir bersama tiga peninju Kelab Muay Thai Kuda Merah PDRM yang bakal memberi saingan hebat pada kejohanan antarabangsa, 8 dan 9 Februari ini di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - Kejohanan Muay Thai peringkat antarabangsa bagi tahun ini akan membuka tirai pada 8 dan 9 Februari ini dengan mempersembahkan aksi 24 peninju berentap memburu kejuaraan.

Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dijadualkan berlangsung di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.

Pengerusi teknikal kejohanan, Rosli Yaacob berkata, kejohanan tersebut anjuran Kelab Muay Thai Kuda Merah Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan KWP.

Menurutnya, saingan membabitkan peninju tempatan bersama peninju dari Thailand dan Filipina.

"Seramai 12 peninju akan beraksi pada malam pertama dan kedua. Beberapa tali pinggang menjadi rebutan antaranya Tali Pinggang Menteri Wilayah, Tali Pinggang Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Tali Pinggang Sinar Harian.

"Orang ramai terutama peminat sukan ini dijemput hadir dengan bayaran tiket RM20 (RM15 pembelian awal) bagi tempat duduk bebas dan RM80 (RM50 pembelian awal) bagi ringside," katanya ketika ditemui di Bangunan Karangkraf di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Tali Pinggang Sinar Harian disandang peninju Kelab Muay Thai Kuda Merah PDRM, Mohd Fahmi Badrulzaman yang dirangkulnya dalam kejohanan tahun lepas.

Artikel Berkaitan:

Rosli berkata, kejohanan kali ini juga sebagai persiapan kepada tiga peninju dari Kelab Muay Thai Kuda Merah Kuala Lumpur iaitu Azim Kamal, Aniq Sazwan dan Aiman Hakim bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) pada Julai depan.

"Dalam kejohanan ini, atlet terbabit bakal berdepan saingan hebat daripada peninju-peninju PDRM," katanya.