KPDNHEP rampas jean jenama tiruan, tiga lelaki Pakistan ditahan

Muhamad Zikril Azan (dua kanan) menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Muhamad Zikril Azan (dua kanan) menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media di Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas 3,734 seluar jean berjenama tiruan bernilai RM178,616 melalui Ops Geriji di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh semalam.

Pengarah KPDNHEP negeri, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, tiga lelaki warga Pakistan turut ditahan dalam serbuan di tiga premis pada jam 9.30 pagi itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua daripadanya berstatus taraf penduduk tetap manakala seorang lagi mempunyai pasport yang masih dalam tempoh sah," katanya pada sidang akhbar di pejabat KPDNHEP negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua premis berkenaan disewa bagi tujuan pengedaran barangan tiruan itu sejak dua tahun lalu.

"Kita turut merampas dua van jenis Toyota Hiace yang dipercayai digunakan sebagai pengangkutan untuk menjual barangan tiruan itu," katanya.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun itu direman empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1) (b) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

Artikel Berkaitan: