Makin ramai rakyat Malaysia terjerat jadi keldai dadah

No Image Caption
A
A
A

SEPANG - Seramai 101 rakyat Malaysia ditangkap kerana menjadi keldai dadah, tahun lalu sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 20.6 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan seramai 68 tangkapan keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, daripada jumlah itu, 82 daripada mereka adalah ditahan di luar negara dan 19 lagi ditahan di lapangan terbang dalam negara.

"Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 20.6 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan seramai 68 tangkapan keldai dadah.

"Pelbagai modus operandi dikesan dalam kegiatan sindiket ini. Ada yang menggunakan 'body pack' dan menyembunyikan dadah dalam bagasi, malah ada yang mendakwa diperdaya sindiket tawar pekerjaan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Narcotic Airport Division di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Menurutnya, dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran serta penyeludupan dadah di lapangan terbang, penubuhan Narkotic Airport Division akan menjadi benteng untuk memperhebat pertahanan pihak polis.

"Seramai 102 pegawai dan anggota ditempatkan di empat lapangan terbang iaitu KLIA, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching.

"Selain itu, tiga lagi lapangan terbang yang akan ditempatkan elemen JSJN adalah di Langkawi, Senai dan Subang," katanya.

Artikel Berkaitan: