Pintu terkunci pun bomba tolong

Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka kunci jeriji.
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka kunci jeriji.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita terpaksa menggunakan khidmat bomba selepas dia terperangkap di antara pintu hadapan rumah dan jeriji di kediamannya di Blok C, Tingkat 20, Villa Indah Tampoi di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi, wanita berusia 49 tahun itu dikatakan mahu keluar bekerja tetapi tertinggal kunci pintu hadapan dan jeriji luar juga berkunci.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Nazarudin Yusof berkata, bomba menerima panggilan pada jam 6.18 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebelum itu jiran mangsa berusaha membuka kunci jeriji tetapi gagal kerana tidak mempunyai peralatan khas.

"Bomba menggunakan 'bolt cutter' untuk memotong kunci tersebut dan 'spreader' untuk membuka pintu hadapan.

"Operasi ditamatkan jam 7.20 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: