Arwah sempat lawat projek jalan, minta maaf kepada penduduk

Lawatan kerja di Semenyih yang dikongsi Allahyarham menerusi Facebooknya semalam.
Lawatan kerja di Semenyih yang dikongsi Allahyarham menerusi Facebooknya semalam.
A
A
A

SEMENYIH - Adun Semenyih, Mohd Bakhtiar Mohd Nor sempat melawat perkembangan kerja-kerja baik pulih jalan di Pekan Semenyih semalam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, pagi tadi.

Mohd Bakhtiar berkongsi lawatan kerja berkenaan melalui laman Facebooknya semalam.

Terdahulu, Allahyarham dalam kenyataannya memaklumkan kerja berkenaan telahpun siap dan dijangka akan dibuka esok.

Allahyarham juga turut meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi penduduk di situ.

“Melawat perkembangan baik pulih jalan di pekan Semenyih... Alhamdulillah hari ini kerja berkenaan telah pun siap Insya-ALLAH akan dibuka esok atau lusa kepada semua...maaf di atas segala kesulitan," tulisnya.

Mohd Bakhtiar yang berusia 57 tahun itu meninggal dunia dipercayai akibat serangan sakit jantung jam 4.45 pagi di rumah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang.

Jenazah disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

Bakhtiar menjadi wakil rakyat di Semenyih sejak Mei tahun selepas mengalahkan penyandang kerusi, Datuk Johan Abd Aziz, daripada BN pada PRU14 Mei tahun lalu dengan majoriti 8,964 undi.

Artikel Berkaitan: