Angka korban koronavirus cecah 425 di China

Kira-kira 20,438 kes disahkan penyakit radang paru-paru disebabkan koronavirus setakat tengah malam 3 Februari. - Foto AFP
Kira-kira 20,438 kes disahkan penyakit radang paru-paru disebabkan koronavirus setakat tengah malam 3 Februari. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Jumlah keseluruhan orang yang dijangkiti penyakit radang paru-paru disebabkan koronavirus di China mencecah seramai 20,438 dan 425 lagi meninggal dunia, kata jawatankuasa kesihatan negara China dalam satu kenyataan.

Menurut agensi berita Sputnik, sehari sebelum itu jumlah kes ialah sebanyak 17,205 dengan 361 kematian.

"Menjelang tengah malam 3 Februari, jawatankuasa kesihatan negeri menerima maklumat dari 31 wilayah... kira-kira 20,438 kes disahkan penyakit radang paru-paru disebabkan koronavirus, 2,788 dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, 425 meninggal dunia, 632 dibenarkan keluar hospital," kata jawatankuasa itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kematian meningkat, China perlukan bekalan topeng muka

Artikel Berkaitan: