X

Kindly register in order to view this article
!

Koronavirus jejas 65 peratus perkhidmatan syarikat penerbangan Korea

Sehingga hari ini, Korea Air Lines Co. dan tujuh syarikat penerbangan lain menggantung 41 daripada 100 laluan.
A
A

SEOUL - Penularan wabak koronavirus menjejaskan 65 peratus perkhidmatan syarikat penerbangan Korea Selatan membabitkan laluan ke China, lapor agensi berita Yonhap memetik sumber industri pada hari ini.

Sehingga hari ini, Korea Air Lines Co. dan tujuh syarikat penerbangan lain menggantung 41 daripada 100 laluan.

Syarikat penerbangan itu juga memutuskan untuk mengurangkan perkhidmatan di 24 laluan ke bandar China termasuk ke bandar raya Beijing.

Korean Air, syarikat penerbangan negara, baru-baru ini menggantung lapan daripada 31 laluan dan mengurangkan penerbangan kepada 14 laluan.

Asiana Airlines Inc. pula menggantung empat laluan dan mengurangkan penerbangan di lapan laluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Thai Airways kurangkan penerbangan ke China

Koronavirus: Korea Utara ketatkan pemeriksaan pelawat asing

Tiga syarikat penerbangan kos rendah, Air Seoul Inc., Eastar Jet dan Jin Air pula menggantung 11 laluan.

Air Busan Co. pula menggantung tujuh daripada sembilan laluan dan mengurangkan penerbangan ke satu laluan, Jeju Air menggantung semua tujuh laluan dan T'way menghentikan sementara lima daripada enam laluan.

Setakat ini 15 kes disahkan dijangkiti virus itu dilaporkan di Korea Selatan.

Industri penerbangan menyeru sokongan kerajaan berikutan kebimbangan sektor itu mungkin terjejas teruk berikutan wabak koronavirus berbanding Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang pernah menggemparkan dunia pada tahun 2003. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!