Presiden Maduro dilantik untuk penggal kedua

Maduro mengangkat sumpah sebagai presiden Venezuela untuk penggal kedua di hadapan Presiden Mahkamah Tinggi, Maikel Moreno. - Foto Carlos Garcia Rawlins/Reuters
Maduro mengangkat sumpah sebagai presiden Venezuela untuk penggal kedua di hadapan Presiden Mahkamah Tinggi, Maikel Moreno. - Foto Carlos Garcia Rawlins/Reuters
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA. Nicolas Maduro mengangkat sumpah sebagai Presiden Venezuela untuk penggal kedua di sebalik kritikan antarabangsa bahawa pemilihan semula beliau adalah tidak sah.

Maduro, 56, bagaimanapun menyatakan penggal enam tahun beliau merupakan 'langkah ke arah keamanan buat negara'.

Ribuan orang menghadiri majlis pelantikan yang diadakan di Mahkamah Tinggi Venezuela di Caracas semalam, termasuk Presiden Nicaragua, Daniel Ortega dan Presiden Bolivia, Evo Morales.

Pasukan keselamatan dikerah bagi mengawal keadaan berikutan terdapat protes daripada pihak pembangkang yang membunyikan hon sebagai tanda bantahan.

Sejurus pelantikan Maduro, Presiden Paraguay, Mario Abdo memutuskan hubungan diplomatik dengan Venezuela dan membawa pulang diplomat negaranya dari Caracas.

Pemimpin sosialis berkenaan dilantik kali pertama pada 2013, mengambil alih jawatan presiden daripada Hugo Chavez yang meninggal dunia akibat kanser setelah memerintah selama 14 tahun.

Dilantik semula selepas memenangi pilihan raya Mei 2018, beliau dikecam teruk pihak pembangkang yang mendakwa proses undian dipenuhi penipuan. - BBC

Artikel Berkaitan: