Wajarkah buat aksi kontroversi untuk lariskan perniagaan?

No Image Caption
A
A
A

SESUATU jenama atau produk yang mendapat kepercayaan pelanggan perlu diiringi imej yang baik serta kuat.

Ini adalah amalan yang dilakukan oleh pengamal perhubungan awam dan korporat di seluruh dunia.

Bagaimanapun, kini muncul beberapa ahli perniagaan yang menggunakan kaedah yang bertentangan dengan amalan yang dilakukan itu.

Taktik yang digunakan adalah dengan mewujudkan kontroversi terhadap diri sendiri atau perbuatan yang dilihat aneh serta pelik.

Ada yang sanggup memperlakukan perbuatan bodoh dan gila termasuk aksi-aksi seks dan lucah.

Dengan melakukan perbuatan itu di media-media sosial, orang ramai terutama golongan netizen akan memberikan pelbagai reaksi dan kecaman.

Percaya atau tidak, perbuatan mereka itu berjaya walaupun tidak semua mampu melakukan hal sedemikian.

Selain menjual produk dan perkhidmatan, ahli perniagaan terbabit kini meraih satu lagi pendapatan baharu melalui siaran di YouTube.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan rasa stesen televisyen kini berhadapan dengan pesaing baharu yang lebih popular dalam bentuk siaran YouTube.

Bagaimanapun, ada antara aksi-aksi yang dipamerkan oleh sesetengah ahli perniagaan tidak sesuai untuk dipertontonkan terutama kepada kanak-kanak.

Media konvensional seperti akhbar dan syarikat penyiaran mempunyai etika yang perlu dipatuhi supaya apa yang disiarkan itu tidak melanggar norma dalam masyarakat.

Pada pandangan Merak Jalanan, tidak salah mahu berniaga dan membuat keuntungan tetapi bertanggungjawablah dengan apa yang ingin dipaparkan.

Kalau boleh letak satu kenyataan dalam video bahawa sesuatu aksi itu hanya untuk tujuan komersial.