Enam tahun terputus hubungan dengan ayah

Zunaidah menunjukkan gambar Siti Nurhidayah ketika berusia dua tahun. Gambar kecil: Siti Nurhidayah
Zunaidah menunjukkan gambar Siti Nurhidayah ketika berusia dua tahun. Gambar kecil: Siti Nurhidayah
A
A
A

MARAN - Seorang kerani mencari bapa kandungnya selepas terputus hubungan sejak enam tahun lalu bagi memudahkan urusan pernikahan kali keduanya pada Mac depan.

Siti Nurhidayah Sukemi, 26, dari Felda Jengka 21 di sini merayu bapanya, Sukemi Ahmad, 58, supaya menemuinya segera dan dapat menjadi wali dalam pernikahannya nanti.

"Saya sangat berharap ayah akan muncul dan hadir sebagai wali pernikahan saya nanti. Kali terakhir saya jumpa ayah adalah enam tahun lalu di Jengka. Selepas itu ayah mendiamkan diri dan kami adik-beradik langsung tidak tahu di mana ayah berada sekarang ini," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut Siti Nurhidayah, bapanya berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai penebang balak ketika bercerai dengan ibunya, Zunaidah Che Yok, 58.

Katanya, ketika menyaksikan perpisahan ibu bapanya, usianya baru sahaja lapan tahun.

Pada Mac depan, Siti Nurhidayah akan berkahwin kali kedua selepas perkahwinan pertama pada 2017 berakhir dengan penceraian.

"Jadi saya sangat berharap kali ini ayah akan tampil menjadi wali saya. Kali pertama nikah dulu saya terpaksa menggunakan wali hakim," kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Artikel Berkaitan: