Muez mula tugas sebagai KSU Kementerian Pertahanan

Muez memulakan tugas sebagai KSU Kementerian Pertahanan yang baharu di Wisma Pertahanan hari ini.
Muez memulakan tugas sebagai KSU Kementerian Pertahanan yang baharu di Wisma Pertahanan hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Muez Abd Aziz hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang baharu di Wisma Pertahanan di sini.

Muez yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diumumkan untuk menggalas tugas baharu itu berkuat kuasa Sabtu lalu.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat berkhidmat selama 25 tahun dalam perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali pada Jumaat lalu turut mengumumkan pelantikan Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad sebagai KSU KPDNHEP baharu.

Artikel Berkaitan: