X

Kindly register in order to view this article
!

Patuhi undang-undang Arab Saudi ketika di Tanah Suci

Razali
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) Malaysia memandang serius mengenai jemaah lelaki yang memakai pakaian wanita di Tanah Suci semasa mengerjakan umrah yang tular di media sosial.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Syam berkata, kerajaan Arab Saudi mengenakan undang-undang tegas dan melarang golongan transgender daripada menunaikan ibadah haji atau umrah.

Menurut Razali, hanya jemaah lelaki dan wanita sahaja dibenarkan menunaikan haji dan umrah mengikut maklumat jantina seperti tertera dalam pasport dan semasa permohonan visa mereka.

"PAPUH berharap hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi tidak akan terjejas disebabkan perkara itu.

"Kami khuatir berdasarkan laporan media terhadap jemaah transgender dari Pakistan yang dihukum pada tahun 2017 menyebabkan ramai NGO (pertubuhan bukan kerajaan) di Pakistan tidak berpuas hati dan menjadikan hubungan antara kedua-dua negara tegang.

"PAPUH juga bimbang jika pihak Arab Saudi menarik balik keistimewaan penggunaan visa pelancongan yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, PAPUH juga berharap pihak berkuasa Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang sengaja mencemarkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam.