Graduan SBS penuhi pasaran kerja pelbagai sektor

Antara karya yang dipamerkan sewaktu program Malaysian Artist Showcase anjuran SBS pada Rabu lalu.
Antara karya yang dipamerkan sewaktu program Malaysian Artist Showcase anjuran SBS pada Rabu lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Selangor Business School (SBS) melahirkan graduan yang berjaya bagi memenuhi peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor antaranya perniagaan, korporat dan perkhidmatan awam.

Dekan SBS, Profesor Dr Mohd Faiz Abdullah berkata, pihaknya turut memilih tenaga pengajar yang berpengalaman daripada institusi-institusi pendidikan terkemuka tanah air bagi memastikan penuntut mendapat pendidikan berkualiti.

“SBS menyediakan kemudahan taraf tertinggi kepada penuntut yang ingin mendapatkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA),” katanya pada program Malaysian Artist Showcase anjuran SBS Rabu lalu.

Dalam pada itu, program Malaysian Artist Showcase yang dianjurkan SBS itu turut menghimpunkan karya-karya dihasilkan oleh beberapa artis terkemuka tanah air.

Antara artis yang menyertai program itu adalah Eddie Putera, Khairul Azuwan, Aimi Jannat, Baiti Fauzi, Nazhan Fikr dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: