X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Kastam rampas minuman keras bernilai lebih RM100,000

Gambar hiasan
A
A

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 1,000 karton minuman keras (medicated samsu) dalam sebuah kontena bernilai RM116,871.72 yang tidak bercukai di Pelabuhan Senari Khamis lepas.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota kastam telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang tiba dari luar negara.

“Hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena tersebut, pasukan menemukan sebanyak 1,000 karton minuman keras.

“Pemeriksaan rapi ke atas dokumen pengimportan mendapati bahawa Lesen Import Minuman Keras yang dikemukakan tidak sah iaitu tidak menepati syarat dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai import) 2017,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sharifah berkata, kesemua barangan itu kemudian disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!