X

Kindly register in order to view this article
!

Jepun akan bangunkan vaksin, ubat rawat koronavirus

Gambar menunjukkan koronavirus yang berjaya melalui proses pengasingan oleh penyelidik Jepun seperti yang disiarkan portal berita nippon.com, (kanan) kenyataan KKM mengenai kejayaan penyelidik Jepun melakukan pengasingan koronavirus.
A
A

SHAH ALAM - Jepun akan membangunkan vaksin dan ubat untuk merawat koronavirus selepas penyelidiknya berjaya melakukan pengasingan terhadap virus baharu itu.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, proses pengasingan itu berjaya dilakukan Japan National Institute of Infection Disease.

Menurutnya, penyelidik di institut itu berjaya mengasingkan koronavirus baharu yang diambil daripada rakyat Jepun yang mendapat jangkitan koronavirus.

"Virus yang berjaya diasingkan adalah 99.9 peratus sepadan dengan koronavirus yang mula dikesan di Wuhan, China.

"Dengan penemuan oleh para pengkaji dari Jepun ini diharapkan dapat membantu merawat dan menyekat penularan wabak koronavirus ini," katanya memetik laporan portal berita Jepun, nippon.com.

Portal berita itu melaporkan, hasil pengasingan virus berkenaan juga membolehkan penyelidik mencipta kit ujian yang mampu mendiagnosis (mengesan) koronavirus dengan cepat.

Katanya, institut berkenaan juga akan meneruskan kajian untuk mengesan mekanisme jangkitan koronavirus.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Kematian di China meningkat kepada 304

Koronavirus: Filipina catat kematian pertama luar China

Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baru di Hubei meningkat sebanyak 45 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 304 kes setakat Sabtu (1 Februari) malam, menurut laporan televisyen China.

Hubei, di mana virus tersebut bermula, mencatatkan 1,921 kes tambahan, menjadikan kesemuanya 9,074 jangkitan di wilayah itu.

Di seluruh negara itu, jumlah jangkitan setakat ini telah melebihi 14,300 kes, menurut laporan agensi berita CNA.

Kebanyakan kes kematian dan jangkitan virus yang dinamakan 2019-nCoV itu dilaporkan di Hubei, sebuah wilayah di tengah China yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Pada Jumaat, seorang pegawai tinggi kerajaan di Wuhan, bandar yang mempunyai 11 juta penduduk di mana kes pertama dilaporkan pada Disember 2019, melahirkan kekesalan kerana pihak berkuasa tempatan didakwa bertindak terlalu lambat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!