Tiga tokan dadah tumpas di Tampin

Antara dadah dan barangan yang dirampas.
Antara dadah dan barangan yang dirampas.
A
A
A

TAMPIN - Tiga lelaki dipercayai tokan dadah dicekup polis di sebuah rumah disyaki dijadikan port pengedaran dadah dekat kawasan Ayer Kuning di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, hasil serbuan tersebut, pihaknya turut merampas pelbagai dadah jenis heroin, syabu dan pil erimin 5 yang bernilai lebih kurang RM4,200 dengan anggaran berat 400 gram.

"Suspek disyaki pengedar dadah di sekitar kawasan Ayer Kuning Selatan dan Gemenceh," katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, berdasarkan rekod, kesemua suspek turut memiliki rekod jenayah lampau bersabit kes dadah selain hasil ujian saringan urin suspek positif dadah.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a)ADB 1952.

"Suspek direman selama tujuh hari bagi melengkapkan siasatan," katanya.


Barangan yang dirampas.
Barangan yang dirampas.

Artikel Berkaitan: