SC teliti dakwaan terhadap AirAsia, AirAsia X

Syarikat pengeluar pesawat di Eropah, Airbus disiasat terhadap dakwaan rasuah yang antara lain turut membabitkan AirAsia Group Bhd and AirAsia X.
Syarikat pengeluar pesawat di Eropah, Airbus disiasat terhadap dakwaan rasuah yang antara lain turut membabitkan AirAsia Group Bhd and AirAsia X.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini berkata ia akan meneliti kenyataan fakta dalam kes Regina menentang Airbus SE yang mendedahkan beberapa dakwaan terhadap AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd.

"Oleh kerana kedua-duanya disenaraikan di Bursa Malaysia, Suruhanjaya akan meneliti dakwaan berkenaan dan menyemak semua bukti yang ada untuk menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti,” kata Pengerusi, Datuk Syed Zaid Syed Jaafar Albar dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mengikut Seksyen 317A Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, seorang pengarah syarikat senaraian awam yang melakukan apa-apa dengan niat untuk menyebabkan kerugian salah kepada syarikat itu atau perbadanan yang berhubungannya adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara dan denda.

AirAsia menerusi kenyataannya semalam menafikan dakwaan rasuah terhadapnya dan berkata ia tidak pernah terlibat dalam mana-mana siasatan Serious Fraud Office United Kingdom (SFO) mengenai Airbus atau diberikan sebarang peluang untuk menyediakan sebarang maklumat atau penjelasan kepada SFO.

AirAsia berkata demikian merujuk artikel bertajuk 'AirAsia directors/staff got RM240 mil bribe from Airbus, court docs say' di laman web focusmalaysia.my serta artikel-artikel lain yang tersiar di media berkaitan Persetujuan Pendakwaan Tertunda yang dicapai oleh Airbus SE dan SFO pada 31 Januari 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah: Airbus ambil langkah wajar, elak kes berulang

SPRM siasat dakwaan rasuah libatkan Airbus, dua eksekutif AirAsia

Artikel berkenaan mendakwa perjanjian tertentu oleh AirAsia untuk menempah pesawat Airbus adalah dikaitkan secara tidak wajar dengan penajaan oleh Airbus untuk sebuah pasukan sukan yang dimiliki bersama oleh eksekutif AirAsia.

Artikel Berkaitan:

“AirAsia secara tegasnya menolak dan menafikan sebarang dan semua dakwaan salah laku ini,” menurut syarikat penerbangan kos rendah itu. - Bernama