Perak rakam takziah kepada kerajaan China

Ahmad Faizal (tengah) bersama-sama tetamu jemputan yang hadir pada Majlis Jamuan Tahun Baru Cina 2020 Dewan Perhimpunan Cina Perak, di sebuah hotel di sini hari ini.
Ahmad Faizal (tengah) bersama-sama tetamu jemputan yang hadir pada Majlis Jamuan Tahun Baru Cina 2020 Dewan Perhimpunan Cina Perak, di sebuah hotel di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan China dan keluarga mangsa penularan virus koronavirus di negara terbabit.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, semua pihak perlu bersatu atas nama kemanusiaan dan memberikan sokongan moral kepada wilayah Hubei dan bandar raya lain di China.

Menurutnya, krisis yang dihadapi di seluruh dunia itu diyakini mampu diatasi dan penduduk dunia selepas ini akan menjadi lebih kuat.

"Doa kami bersama-sama mereka yang telah dijangkiti virus ini bukan sahaja di wilayah Hubei dan Wuhan tetapi juga mereka yang berada di 25 negara lain, termasuk di Malaysia.

"Ini adalah masanya untuk kita bersatu di atas nama kemanusiaan untuk berdoa dan memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi kepada wilayah Hubei dan bandar raya lain di China," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Tahun Baru Cina 2020 Dewan Perhimpunan Cina Perak, di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Konsul General China di Pulau Pinang, Lu Shi Wei; Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye; Presiden Dewan Perhimpunan Cina Perak, Datuk Chai Wang Yook dan Exco kerajaan Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Misi bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan berlepas esok: Wan Azizah

Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata, jumlah pelaburan RM4.8 bilion yang diluluskan untuk Perak dalam tempoh Januari hingga September 2019 membuktikan keyakinan pelabur kepada pentadbiran kerajaan dan kestabilan politik di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Satu lagi, kita mesti kurangkan berpolitik dan tumpukan kepada perkara-perkara yang menyatukan kita seperti Sambutan Tahun Baru Cina ini.

"Semua masyarakat berbilang kaum dan agama saling menghormati dan turut meraikan perayaan sesuatu kaum sebab kita tahu, perbalahan dan konflik tidak akan memberi faedah kepada sesiapa," katanya.