12 pengemis ditahan di Kuantan

Penguatkuasa menyoal siasat pengemis dalam operasi itu.
Penguatkuasa menyoal siasat pengemis dalam operasi itu.
A
A
A
KUANTAN - Seramai 12 pengemis ditahan dalam operasi penguatkuasaan pengemis jalanan dan kutipan derma di daerah ini di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Unit Penguatkuasaan Pahang, Anuar Hisham Ahmad berkata, kesemua yang ditahan diserahkan ke jabatan berkaitan di bawah bidang kuasa mereka.

Menurutnya, operasi yang dilakukan sekitar tapak pasar tani berhadapan Pusat Transformasi Bandar UTC, pasar besar dan pasar karat Kuantan itu membabitkan 80 anggota penguatkuasaan.

Antara pengemis yang ditahan dalam operasi itu.
Antara pengemis yang ditahan dalam operasi itu.

"Pihak yang terlibat ialah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Imigresen.

"Operasi ini dilakukan bagi mengenalpasti pengemis yang benar-benar susah untuk disalurkan bantuan dan tidak perlu lagi mengemis di jalanan.

"Pada masa sama kita juga mahu memerangi dan membasmi pengemis bersindiket dan kutipan derma palsu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan:

Penguatkuasa menyoal siasat pengemis dalam operasi itu.
Penguatkuasa menyoal siasat pengemis dalam operasi itu.

Katanya, tiada tabung derma haram yang dirampas dalam operasi julung kali diadakan ini berikutan pihak Jaip sebelum ini menerusi Majlis Ugama Islam dan Adar Resam Negeri Pahang (MUIP) sentiasa membuat pemantauan.